Pengusiran Warga Asing 2020 (Januari 2020 – Disember 2020)
Dalam tempoh pandemik Covid-19 tahun 2020, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengusir warga asing termasuklah:
- Indonesia – 17,002 orang
- Bangladesh – 5,450 orang
- Myanmar – 3,322 orang
- Thailand – 2,358 orang
- Pakistan – 1,493 orang
Sepanjang Januari 2020 – Disember 2020, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengusir 37,038 orang warga asing. Berbanding dalam tahun 2019, iaitu sebanyak 59,114 orang warga asing telah dihantar pulang ke negara masing-masing. Perbezaan jumlah warga asing yang agak besar adalah kerana pandemik Covid-19 yang menimpa di seluruh dunia. Kebanyakan negara telah menutup pintu sempadan sama ada melalui penerbangan mahupun pengangkutan laut bagi mengurangkan kos and pengambilan pekerja warga asing di waktu pandemik ini.
DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA
Source: https://www.facebook.com/imigresen/posts/3932535060146253